Thursday, 19 February 2015

Cara untuk menjadi Wanita berkelas

Wanita berkelas sangat dipandang oleh madyarakat kini.Dan wanita berkelas mampu menarik perhatian orang ramai dan lebih disenangi ramai.Antara cara untuk menjadi wanita berkelas :


1.Matang

-Untuk menjadi wanita berkelas.Anda hendaklah bersikap matang.Jangan menunjukkan sikap kebudak budakan anda terutamanya di khalayak ramai.


2.Berfikiran positif

 -Berfikirlah dengan positif.Jangan sesekali bersangka buruk terhadap orang dan jauhi sikap negatif anda.Lawan!


3.Berfikiran terbuka

-Berfikirlah secara terbuka dan terima pandangan daripada orang lain.


4.Cara bercakap

-Kawal nada suara anda.Jangan kuatkan suara anda.Bercakaplah dengan perlahan dan jelas.Jangan keluarkan perkataan kesat dan juga kawal percakapan walaupun dalam keadaan marah.

5.Cara berpakaian

-Berpakaian sopan,bersih dan kemas.Jika anda berada di majlis formal,pakailah pakaian formal.

6.Cara duduk dan berjalan

-Duduk dalam posisi tegak dan jangan membongkok. Cara berjalan juga hendaklah tegak dan naikkan kepala ke atas akan menampakkan anda lebih berkelas.

7.Cara ketawa

-Jangan ketawa terlalu kuat hingga mengganggu ketenteraman orang disekeliling anda.Tutuplah mulut anda dan kawal suara anda.

8.Cara makan

-Jangan makan dengan gelojoh dan jangan bercakap ketika makan mahupun jangan tekan telefon anda ketika anda sedang makan.Makanlah dengan sopan.

9.Ramah

-Murah senyuman dengan orang lain walaupun anda tidak mengenali mereka.

10.Jangan sombong

-Bersikap sederhanalah.Jangan sombong dan jangan sesekali mengatakan pada orang lain yang anda mempunyai kelas.Biar mereka yang menilai cara anda.

11.Bersikap profesional

 -Jika pensyarah atau sesiapa yang anda rapat,jika masa berkerja atau belajar,fokus dan bersikap profesional lah.

12.Pintar

-Wanita pintar akan nampak berkelas.Jadi carilah maklumat dari mana sahaja seperti buku,internet,pengalaman dan lain-lain.Anda tidak perlu mengetahui semua hal tapi sekurang kurangnya anda tidaklah terlihat bodoh.

13.Pandai mengurus masa

 -Uruslah masa dengan benda yang berfaedah.

14.Komunikasi

 - Anda haruslah tahu cara berkomunikasi dengan orang lain.

15.Jaga adab
 -Beradablah dengan orang lain


-So u guys,hope cara nie dapat membantu korang untuk menjadi wanita yang berkelas..Good luck guys 😄

No comments:

Post a Comment